Wednesday, February 27, 2013

MAJLIS PERKHAWINAN ADIK D JUASSEH

Assalammualaikum..... terima kasih d ucapan kepada semua jemputan yg hadir ke majlis perkhawinan adik2 kami (mohd badri bersama pasangannya nana farhana dan siti rahmah bersama pasangannya adnan) d dewan hadhari juasseh tempoh hari...... dan jika ada kekurangan kami mohon maaf sgt2..... kepada kedua2 pasangan pengantin klang ucapan SELAMAT PENGANTIN BARU SEMOGA KEKAL KE HUJUNG NYAWA...... HARUNGILAH SUSAH SENANG ALAM RUMAH TANGGA DENGAN BIJAKSANA.... ;)

Wednesday, February 20, 2013

MAJLIS PERKHAWINAN ADIK YG NO. 7

Assalammualaikum.... Tanggal 15hb/02/2013 sahlah mereka, mohd badri n nana farhana menjadi sepasang suami ..... semoga berbahagia hgga akhir nyawa..... majlis kenduri pihak kami akan d adakan pada 23/02/2013 ni d dewan hadari juasseh..... pada semua pembaca blog akk jemputlah dtg nnti bersama-sama memeriahkan lagi majlis kami......

Bagai pinang d belah 2.....

Bersama suami tercinta bergambar bersama pengantin baru.....

kami 8 beradik bersama ibu tercinta.....


Saturday, February 16, 2013

35PCS SUFICHOC


Assalammualaikum..... cuci2 mata dengan 35pcs sufichoc..... rambang mata nak makan yg mana satu kan.... ;) ada perasa mokka, oren, strawberry, fruitty, dark choc, durian, penut ..... boleh tempah klu berminat.... nak yg kosong je pun boleh..... ;)

Wednesday, February 13, 2013

CUPCAKE FONDANT

Assalammualaikum..... cupcake untuk hantaran.... selalu org tak nak kek hantaran yang sebiji besar tu... leceh katanya... cupcake lebih ringkas n mudah.... ;)

KEK KAWIN

Assalammualaikum..... Selamat Pengantin Baru didoakan selamat berbahagia selamanya..... ;)

CARROT CAKE


Assalammualaikum.... tempahan oleh Anis dr Rinching.... terima kasih byk2..... selamat menjamu selera....

Thursday, February 7, 2013

BIRTHDAY CAKE


Assalammualaikum.... kek birthday utk anak sepupu.... tq ida n fadil.... didoakan dewasanya sebagai anak yg solehah.... insyaAllah.... ;)

Tuesday, February 5, 2013

KURSUS COKLAT BUATAN TANGAN

Assalammualaikum..... kursus ni akk joint seminggu selepas tarikh birthday tahun 2012 (ingat dah update kat blog rupanya tercicir lagi)..... sangat2 teruja... byk ilmu yg d pelajari di sini.... terima kasih kepada en suami kerana mengizinkan sy joint kursus ni n sgt menghargai segala pengorbanan yg d berikan.....

anak2 n akk jugak sebenarnya suke sgt2 mkn coklat...... bila org tgk diorg mesti tanya tak rosak pulak gigi anak2...... (sambil tersenyum) Alhamdulillah setakat ni tak pulak.... sebenarnya lemak koko dlm coklat ni bertindak melindungi gigi kita rosak...... klu lihat dgn mata kasar memang tak logik kan tp hakikatnya atas kelebihan n kehebatan coklat ni merupakan pemakanan yg sihat..... ;) kat sini akk nak kongsikan beberapa kebaikan coklat....

1. KANDUNGAN KAFEIN didalam coklat (1oz) adalah lebih rendah (5mg) berbanding dengan bahan2 makanan lain seperti teh (1cwn) kandungan kafein 28 -44mg klu kopi (1 cwn) kandungan kafein 93 - 153mg.

2. MENGURANGKAN POTENSI KEROSAKAN GIGI yg disebabkan oleh gula. Ianya mengandungi komponen yg menghalang pengeluaran plak iaitu peringkat pertama kesosakan gigi. LEMAK KOKO d dlm coklat akan mencair dgn cepat d dlm mulut dan menghalang gula dr melekat pd gigi. Kajian yg dijalankan d Massachusetts Institute of Technology membuktikan bahawa coklat sebenarnya mengandungi bahan anti kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.

3. Penyelidikan yg dijalankan d Pennsylvania State University menunjukkan bahawa asid sterik d dlm lemak koko tidak memberi kesan ke atas paras kolesterol sebaliknya lemak koko mengandungi asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yg berperanan MERENDAHKAN PARAS KOLESTEROL dlm darah.

sebenarnya ada byk lagi tp yg d atas sebahagian kebaikannya. Jadi jgn risau ketika menikmati kelazatan coklat....


 sesi bergambar dgn kwn2 kursus n tenaga pengajar.....

 Sgt seronok mempelajari ilmu coklat..........

 sempat lagi tu...... ;)

 Penyampaian Sijil Kursus (mahal ni.... hehehe)

separuh dr produk yg dihasilkan...... sgt sedap.... ;)


Sunday, February 3, 2013

3D BIRTHDAY CAKE

Alangkah seronoknya bila dapat pegang keyboard..... Pg ni nak kongsikan gambar tahun 2012 lagi.... hehehe.... sempene birthday Muhammad Adam Sufi yg ke 4 tahun.... buat d sekolah dia.... masa ni lagi 2 minggu due date.... sempat lagi tu.... demi menggembirakan anak ;)......... sebenarnya dah niat nak buat kek birthday utk dia tp tak delah nak buat kat sekolah..... bila bincang ngan hubby.... buat kat sekolah jamu kawan2 dia lebih seronok..... ;)

 pon!!! pon!!! pon!!! tepi keretapi nak lalu....... ;)

 awalnya tertanya dlm hati ada rupa keretapi tak ni..... bila sampai sekolah..... 'eh kek keretapi lah'..... alhamdulillah ada rupa keretapi..... bila tengok budak2 seronok hati rasa gembira.... ;)

keretapi yg sarat ngan muatan............

  HAPPY BIRTHDAY ADAM....... SAYANG ABANG...... humairah pun nak joint....nnti ibu buat kek angah pulak ya..... ;)


Saturday, February 2, 2013

SUKAN MUHAMMAD ADAM SUFI

Masa on camera saje tengok2 gambar...... nampak pulak gambar sukan dak adam ni ha.... ada cerita geli hati d sebalik gambar2 ni.... berlaku masa nak lari bawa bola ping pong dlam sudu..... masa beratur dia duk kat belakang sekali... dlam hati.... abislah tak menanglah ni... dah lah kecil tah kuat ke lari dia ni..... pandai ke dak dia bawa bola ni.... dalam hati berkata kata.... mmmm tak pe lah.... insyaAllah dia boleh buat..... masa kawan2 sibuk lari dia sibuk tengok kiri kanan... depan belakang... memang tak de tumpuan langsung nak berlari masa tu.... kita pulak yg tak tentu arah d luar padang.... hehehe..... masa sampai giliran dia.... dia boleh pegang je sudu tu.... senyum2 lagi.... aduhhhhh..... kita pulak yg menjerit.... lari adam bawa bola tu.... mana nya.... duk lah bediri kat situ... senyum lagi.... akhirnya selepas d tolak oleh kwn nya dari belakang sambil cakap 'lari adam'.... barulah lari..... orang lain sibuk2 lari tengok bola jangan jatuh... dia selambe je pegang bola dlm sudu tu lari dengan laju nya...... akk tak dapat nak tahan gelak melihat gelagat anak bujang aku sorang ni..... alahai dak adam....menang dapat no 2.....huhuhuhu..... ni lah name menang 'cendeke'....... hehehe.... apa pun ibu bangga dengan adam..... ibu sayang adam..... ;)

Klu bab main bukan main suke dia......


Murid yg paling kecil...... 

 Mendengar arahan guru..... masuk telinga kanan keluar telinga kiri.... hehehe....



Bangga lihat dia dapat pingat...... walaupun menang cendeke (bahaso nogori) ..... hehehe.... 

 klu anda perasan cara dia bawa bola ping pong dalam sudu..... hehehe.....


terima kasih cikgu.... ;)

AKIKAH MUHAMMAD AYYUB SUFI

Assalammualaikum..... sekarang ni rutin 'mengupdate' blog pukul 3 @ 4 pg akan berulang kembali selepas ada baby comel lote ni ;)..... tak pun mungkin 2 @ 3 minggu sekali sentuh keyboard..... atau mungkin juga sebulan @ 2 bulan baru nak tinjau blog.... ishhhh.... ishhhhh... ishhhh..... nasib badan.... tak pe lah kan janji update...... ni ha nak tunjuk gambar akikah ayyub semasa berumur 20 hari ... sekarang dah 3 bulan.... hehehe baru cakap tadi....




tengoklah tu babah dia yg suke... ayyub tido je.... suke hati koranglah nak buat ape kat rambut aku ni... hehehe..... alhamdulillah diam tak diam dah 3 org cahayamata kami..... syukur atas rezeki yg tak ternilai hrg nya dr Illahi....