Friday, March 26, 2010

Tempahan kotak


4 Cav Design Choc Box


9 Cav Design Choc Box

Semua kotak ni ditempah oleh Pn. Aziaton (kaklang) Juasseh. Tahniah pada kaklang dah ada tempahan coklat. Semoga selepas ni banyak lagi tempahan. Insyaallah....

Friday, March 19, 2010

KELAS COKLAT DI JUASSEH N. SEMBILAN



Kelas ni dihadiri oleh Hjh Norehan, Pn. Zaimah, Pn. Saripah, Pn. Norsham Aziaton dan Pn Jamaliah. Mereka ni ceria sangat ada je usikkan setiap kali kelas. Sepanjang kelas berlajan dengan lancar. Pn Saripah dan Pn Aziaton ni tauke pelbagai jenis kueh rupanya. Nak dijadikan cerita lagi Pn Aziaton adalah saudara saya belah abah. Selesai je kelas duk lah berbual-bual panjang, macam-macam cerita. Tulah hikmah disebalik kelas coklat ni, daripada tak tahu macam-macam yang tahu. Ni yang best mengajar kelas coklat ni. Kawan pun ramai........





Hasil homemade chocolate yang dipelajari oleh mereka.

Wednesday, March 17, 2010

BERKONGSI INFORMASI

Saya amat tertarik dengan homepage 'Mas des Fontaine Homemade Chocolate'. Dalam homepagenya amat banyak informasi berkaitan dengan coklat. Anda juga boleh surf website ni pada my blog list sitebar disebelah. Anda boleh mengetahu tentang sejarah coklat sehinggalah kepada tip-tip yang sangat berguna. Kat sini juga ada blog-blog lain yang boleh dikongsi bersama. Selamat melayari pelbagai ilmu coklat....

Thursday, March 4, 2010

PROMOSI KEMBALI LAGI SEHINGGA 30 JUN

Memandangkan sepanjang bulan Mei dan Jun mempunyai hari-hari penting seperti Hari Guru 16 Mei 2010, Hari Ibu 16 Mei 2010 dan Hari Bapa 15 Jun 2010 saya akan mengadakan promosi untuk produk SUFIBOXES dan SUFICHOCOLATE mulai sepanjang bulan April, Mei dan Jun ini. Sesiapa yang ingin menempah bolehlah menelefon saya terus.

TERIMA KASIH SIFOO

Akak nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nursuraya kerana telah mengajar akak membuat coklat. Memang best belajar dengan Sue peramah dan baik orangnya. Selalu juga akak mengikuti perkembangan sue melalui your blog http://surayasraf.blogspot.com akak nak letak blog sue sebagai blog list akak ok...

Monday, March 1, 2010

SUFIBOXES PRODUK TERBARU SUFISAYANG



Sufisayang telah mengeluarkan produk terbarunya iaitu SUFIBOXES. Ia merupakan produk homemade Sufisayang yang mana boleh ditempah secara online dengan pelbagai aneka pilihan kotak coklat yang menarik lagi menawan dengan kadar harga yang berpatutan dan untuk mengetahui secara detail harga, corak, dan sebagainya sila lihat sidebar disebelah untuk mengetahui maklumat lanjut.

ORDER DARI KAK AS


Coklat ni untuk anak2 katanya. Saja nak bagi diorang makan. tq kak lain kali bolehlah order lagi.

KELAS COKLAT DI BATU KIKIR N. SEMBILAN


Sekarang ni senang lah nak add gambar dah ada kemera baru tak payah lagi pinjam2. Ok.... Kelas ini yang dihadiri oleh Milah, Zana dan 2 lagi pelajar di Batu Kikir Negeri Sembilan kat rumah kawan baik saya Kak Mas. tq Kak Mas. Seronok mengenali mereka. Harap mereka manfaatkan apa yang mereka pelajari.



Hasil coklat yang telah siap disediakan oleh 4 pelajar ni.


Sebenarnya lolichoc nie banyak....... tapi tak sempat nak ambil gambar dah abis diagih-agihkan kat kanak2 ribena. Suka betul diorang. Maklumlah kanak-kanak coklat ni kegemaran mereka. Haaaa dah tahu ni boleh lah buat banyak2 untuk mereka lagi dah tentu hasil tangan kita kan.