Friday, December 11, 2009

Salam semua

Pakej sempena cuti sekolah untuk students yang berminat belajar membuat coklat. Pakej ini sah sehingga 31hb Disember 2009.

Pekej 1

1 pelajar mempelajari teknik yang lengkap dengan bayaran RM170.00

Pekej 2

2 pelajar mempelajari teknik yang lengkap dengan bayaran RM90.00 seorang

Pekej 3
4 pelajar mempelajari teknik yang lengkap dengan bayaran RM50.00 seorang

Sesiapa yang berminat sila hubungi Pn Saadah di talian 013-2173173

Monday, December 7, 2009

Update gambar besday sufi n babah



Gambar ni ambil menggunakan hp awalnya tak boleh load tapi my hubby bleutooth ke hp kawan baru boleh load. Inilah dia hasilnya. Lanser kamera hp tak brapa bagus. Gambar kabur. Nantilah kita beli kamera baru ya.

Tuesday, November 24, 2009

Coklat




Sori gambar tak brapa clear. Kamera pinjam lagi. Saya memang suka coklat boleh di katakan kat dalam peti ais mesti stok coklat. kalau dulu saya suka beli coklat cudbury tp skg tidak lagi. Saya buat sendiri je lagi sedap dapat banyak pulak tu. itu lah yang bestnya.

Fruit Tart n Cheese Tart





Tart ni buat masa hari haya aidiladha. Khas buat seisi keluarga di kg Juasseh Negeri Sembilan. Rasa-rasalah kalau nak tempah bolehlah call adah yaaaa.

Cupcake









Maaflah ya gambar tak brapa clear. kamera ni pinjam kat kakak. kamera saya dah rosak kene beli baru lah pulak.

Monday, November 9, 2009

Salam Zulhijjah




Dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha ia juga dikenali sebagai Hari Raya Korban. Di sini kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat islam seluruh dunia dan selamat mengerjakan ibadah haji dan korban.


Kelebihan ibadat korban merupakan antara amalan yang amat disukai oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi wasallam di mana baginda sentiasa menggalakkan para sahabat baginda melakukan ibadat korban. Ini memandangkan ibadat korban itu mempunyai banyak hikmah dan kelebihan yang memberi kebaikan kepada diri kita, agama dan masyarakat. Oleh yang demikian, sebagai umat Islam yang mampu seharusnya mengambil iktibar terhadap galakan Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam kepada para sahabat baginda.

Sesungguhnya amalan ibadat korban itu mengandungi banyak fadilat dan kelebihan, antaranya :


1. Supaya kita sentiasa ingat terhadap kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam yang telah diperintahkan oleh Allah subhanahu wata'ala supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail alaihissalam sebagai korban dan Allah menggantikannya dengan seekor kibasy.


2. Memupuk semangat prihatin dan pemedulian terhadap masyarakat sesama Islam khususnya golongan yang tidak berkemampuan iaitu fakir dan miskin dengan memberikan daging korban tersebut kepada mereka.


3. Sebagai tanda syukur kepada Allah subhanahu wata'ala terhadap nikmat-nikmat yang dikurniakan-Nya kepada kita.


4. Menanamkan nilai-nilai murni yang digalakkan oleh Islam ke dalam jiwa seperti sifat belas kasihan, sikap penyayang, bekerjasama, suka menolong, bersedekah dan sebagainya.


Sabda Nabi sallallahu Alaihi wasallam lagi yang diriwayatkan oleh al-Bazzar dan Ibn Hibban yang bermaksud :



"Wahai Fatimah! Berdirilah di sisi korbanmu dan saksikan ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang lalu."

Begitulah besarnya ganjaran kepada orang yang melakukan korban. Allah Subhanahu Wata'ala menjanjikan kebaikan kepada orang yang melakukannya dan menjadikan haiwan sembelihan itu sebagai tunggangan untuk meniti as-Sirat pada hari akhirat kelak. Pada zahirnya, ia cuma pengorbanan seekor haiwan sembelihan, namun jika dikaji dengan teliti, ia adalah ujian Allah dalam melatih kita agar sentiasa bersedia untuk berkorban jiwa dan tenaga demi menegakkan agama Allah di muka bumi ini.

Selain dari itu, ibadat korban adalah ujian bagi melihat sejauh mana kita mensyukuri nikmat kemewahan yang telah dikurniakan Allah. Kita harus sedar untuk mencapai suatu cita-cita memerlukan pengorbanan. Betapa Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam ketika hayat baginda dan para sahabat sanggup mengorbankan harta, menggadai nyawa semata-mata untuk mendaulatkan agama, inikan pula suatu amalan yang cuma untuk mengorbankan secebis harta demi untuk mensyukuri nikmat yang diterima.


Ingatlah setiap pengorbanan yang dilakukan hendaklah disertakan dengan niat dan amal ikhlas semata-mata kerana Allah. Seandainya ibadat korban yang kita lakukan dicemari dengan sifat riyak, takbur, membanggakan diri dan menunjuk-nunjuk akan kemampuan, maka akan tertutuplah rahmat Allah dan nescaya sia-sialah ibadat korban yang dilakukan.
Dalam pada itu juga adalah diingatkan bahawa amalan yang berkebajikan seperti ibadat korban ini janganlah dicemari dengan unsur negatif, misalnya berebut-rebut ketika menerima daging agihan, bersikap tamak dengan mengambil hak orang lain hingga menimbulkan ketidakpuasan di kalangan penerima dan orang yang lebih layak untuk menerima sebahagian yang ditentukan oleh syarak dan akhirnya ia boleh menimbulkan pertelingkahan. Manakala di pihak yang ditugaskan untuk mengurus penyembelihan, hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh amanah. Jagalah kepercayaan yang diberikan dan jadikan apa yang diamanahkan itu sebagai satu tanggungjawab dan kewajipan yang akan diperhitungkan pada hari akhirat nanti.


Akhirnya, marilah kita sama-sama berdoa semoga setiap amalan kebajikan yang kita lakukan termasuk amalan korban akan diterima dan mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah Subhanahu Wata'ala.