Tuesday, December 28, 2010

BLUEBERRY CHEESE CAKE


Khas buat Nabilah.... Amal.... Nadiah.... n.... Amzar....

TIRAMISU

Order oleh Ayang Kikie...... nak rasa katanye..... tq ayang kikie....

KEK COKLAT MOIST

Kek Coklat Moist topping Ganache order dari Kak Mimie.....

Kak mimie ni order 2kg.... tapi buat 1kg untuk 2 biji kek coklat moist... so saya 2 biji coklat moist yang berbeza citarasa.... satu coklat moist topping ganache dan satu lagi coklat moist topping buttercream inti blueberry..... sedappppp...... yummmm.... tq kak mimie....


STRAWBERRY CHEESE CAKE

Lagi Kek Cheese Strawberry ni order oleh Pn. Shariza dari Subang. Nak sambut birthday someone tapi tak sempat tunggu pagi terus potong. Tak tahan katanya....... apa pun tq shariza....


Kek Cheese Strawberry ni order oleh Pn Rasidah Mohammad dari Pahang. Guna Pos Laju.... sehari sampai.... alhammdulillah.... tq Rasidah......

Thursday, December 23, 2010

KELAS HIASAN KEK BUTTERCREAM

Kini dibuka kepada sesiapa yang ingin mempelajari hiasan kek buttercream untuk kek birthday, kek khawin dan sebagainya.....yuran yang dikenakan sebanyak RM500.00 selama 2 hari. Sesiapa yang berminat hubungi saya segere.....

Friday, December 17, 2010

TIRAMISU

Tiramisu khas buat mak tersayang..... semoga panjang umur murah rezeki.... semakin cantik... semakin comel.... hahahhah..... sayang mak selamanya....

ANIMAL CUPCAKE

Rasa nak makan binatang buas tempah lah cupcake ni..... bayangkan....heheheh

CHOCOLATE MOIST CAKE



Tempahan dari Ayang Kiki..... happy birthday....

Thursday, December 16, 2010

STRAWBERRY CHEESE CAKE & TIRAMISU


Tempahan ni dibuat oleh Roslinda dari Pahang.... penghantaran melalui pos laju. Terima kasih atas tempahan.... harap suke n tempah lah lagi... heheheh....

Sunday, December 5, 2010

COMING SOON......

Saya akan mengadakan kelas untuk penyediaan kek cheese dan lain2 kek...... akan datang tarikh dan masanya akan saya nyatakan nanti.... tunggu......

Friday, December 3, 2010

Kotak Coklat



Promosi kotak coklat ni sehingga akhir bulan 12 je.... tahun baru akan tamat promosi dan kembali ke harga asal......siapa nak cepat tempah..... lain-lain amount cavity boleh dinyatakan dan saya sedia menyediakannya...

Saturday, November 27, 2010

TEMPAHAN KOTAK COKLAT

Terima kasih atas tempahan dari Pn. Aida di Labuan. Kotak 2 cav sebanyak 20 unit dan kotak 9 cav sebanyak 17 unit. Hari isnin ni saya pos ya. Sabtu dan Ahad pejabat pos tutup. Banyak ni tak sampai 1kg termasuk pembungkusan sekali tapi kalau pos diaorang ikut 1kg lah. hehehheh... nak buat macam mana.....

Friday, November 19, 2010

KORBAN... KORBAN... KORBAN...


Ni ayam korban nama nye..... pagi raya orang sibuk korban lembu... kami sibuk korban ayam.... siap bbq lagi.... tahun ni kami tak korban... mungkin tahun depan insyaallah......

Ni bukan daging korban..... ni rebusan daging mantai.... malam raya kalau tak ada rebusan tak sah... taip2 raya aidilfitri n raya aidiladha mesti buat rebusan..... pelengkap raya ni..... best... kelestrol......


TIRAMISU



Tiramisu... ni yang abis dulu... semua orang suka tak cukup2... lain kali kene buat banyak2...

Wednesday, November 17, 2010

SELAMAT HARI RAYA KORBAN.....

Sempena Hari Raya Korban saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah korban dan kepada para haji dan hajjah selamat menunaikan haji yang mabrul dan diredai Allah. Aminnnnn.....

KEK KUKUS CAMPURAN BUAH KISMIS





Kek ni buat 1/2 kg je nak rasa.... memang best.... lembab n gebu.... resepi mak turun temurun... nak tempah mai lah... RM3O.OO sahaja.

KEK CHEESE STRAWBERRY



Kek cheese memang sedap..... kegemaran semua.... makan sepotong nak berpotong-potong...

KEK CARROT WALNUT CREAM CHEESE





Mmmmmm.........cuba perhatikan...... ianya sama tapi........... tak serupa...

KEK COKLAT MOIST



Kek coklat moist dengan topping coklat yang enak.



Kek coklat moist yang dikelilingi dengan pagar-pagar cinta. Mmmmmm nanti kalau makan kek ni pasti rasa penuh dengna kasih dan sayang..... heheeheheeh

Tuesday, November 9, 2010




Anniversary yang ke 3 tahun. Semoga kekal dan bahagia hingga akhir hayat... aminnn...

HAPPY BIRTHDAY SAYANG... SEMUANYA....




Happy Birthday Adam, Babah, Syakir dan Uwannya... Selamat dunia dan akhirat... insyaallah... tarikh lain2 tp bulan yang sama... mmmmmm..... sambut jelah sekali...

MAJLIS HAKIKAH HUMAIRAH SUFIAH





Buahtangan untuk para tetamu jemputan Majlis Hakikah Humairah Sufiah pada 7/11/2010. Hari tu tumbang seekor kambing. Lepas ni habislah rambut dia kene cukur.... kasi tumbuh yang baru...

Friday, October 22, 2010

KEGEMARAN ADAM SUFI....




Semua ni adalah kegemaran Muhammad Adam Sufi anak saya yang sulung. Cup Cake vanilla tu boleh habis 4 biji dia makan tu tak termasuk cup cake coklat urai tu. Kastard ceremal tu boleh habis 6 sekali makan. Syok tengok dia makan tak letih kita sebagai ibu buat semua tu....

Thursday, October 21, 2010

KEK KOPI BUTTERCREAM


Sesekali ubah selera ok jugak... tak lah boring...

Kek Cheese Coklat


Mmmmmmm sedap..... tapi saya lebih suka kek cheese yang perasa original, gambarnya tak sempat nak snap. Lain kali lah ya...

Cupcake untuk Ayu




Ini adalah kali kedua Ayu menempah cupcake dari sufisayang tp cupcake untuk hantaran ni saya buat aising royal sebab tahan lasak. Pengalaman mengajar segalanya. Masa tunang adik ipar buat buttercream untuk hiasan kek. Memanglah sedap tapi tak tahan lasak. Sakit dibuatnya.... Aising royal memanglah tak sedap gula-segula-gulanya tapi sedap mata memandang. Tq Ayu...

Tuesday, October 19, 2010

KEK COKLAT MURAH...




Hanya 2 biji kek je sempat ambil gambar yang lain terlupa lah pulak. Nak cepat kejar masa apa terlupa nak snap gambar. Kek coklat moist (500g) ni hanya RM10.00 sahaja. Promosi ni sempena hari raya aidilfitri, skg ianya masih dibuka lagi.

Assalammualaikum....

4.00 pagi... waktu yang paling aman untuk surf internet. Maklumlah ada orang baru kenelah layan lebih sikit. Itu yang lama tak update blog. Saya baru dapat orang baru 3 bulan lepas. HUMAIRAH SUFIAH namanya. Kelas pun baru nak mula semula. Kalau tempahan kek dan lain2 baru sebulan lepas buat.

Thursday, June 24, 2010

KEK KAWIN MOHD NOR AZMI DAN PASANGAN NOR FAZLIANA



Cup cake ada dua perasa coklat dan butter. Manakala kek bulat perasa butter.

CHOCOLATE CUP CAKE



1000 cup cake disediakan untuk buahtangan para tetamu di majlis kenduri Mohd Nor Azmi di Kg Rembang Panas pada 12/06/2010 yang lepas.

KEK HANTARAN


Sempena hari penikahan Mohd Nor Azmi dan Nor Fazliana. Pernikahan diadakan di Peneng. Seharian kek di atas bas. Nasib baik tak cair... Apa pun selamat memulakan kehidupan berumahtangga.... Semoga berkekalan selamanya....

KEK PAYUNG TERJUN



Kek ni 3 dalam 1, Birthday si Atikah, Makngah Aliah dan ulangtahun perkahwinan makngah dan pakngah.... buat kat Kg Rembang Panas. Kek payung terjun??? emmm... kek ni dibuat pukul 3 ptg... mlmnya acara potong kek.... beginilah rupanya...yang penting kebahagiaan mereka bertiga....

BIRTHDAY FARAH...





Kek Coklat moist lapisan blueberry ditengah pilihan ibu si Farah.... sempena ulangtahun kelahiran Farah Nur Ain yang ke 6 dan 100 cup cake juga ada pada majlis tersebut. Majlisnya diadakan pada 22/5/2010 yang lepas. berserta dengan tempahan lolychoc perisa strawberry sebanyak 50 dan durian 50.