Thursday, June 24, 2010

KEK KAWIN MOHD NOR AZMI DAN PASANGAN NOR FAZLIANA



Cup cake ada dua perasa coklat dan butter. Manakala kek bulat perasa butter.

CHOCOLATE CUP CAKE



1000 cup cake disediakan untuk buahtangan para tetamu di majlis kenduri Mohd Nor Azmi di Kg Rembang Panas pada 12/06/2010 yang lepas.

KEK HANTARAN


Sempena hari penikahan Mohd Nor Azmi dan Nor Fazliana. Pernikahan diadakan di Peneng. Seharian kek di atas bas. Nasib baik tak cair... Apa pun selamat memulakan kehidupan berumahtangga.... Semoga berkekalan selamanya....

KEK PAYUNG TERJUN



Kek ni 3 dalam 1, Birthday si Atikah, Makngah Aliah dan ulangtahun perkahwinan makngah dan pakngah.... buat kat Kg Rembang Panas. Kek payung terjun??? emmm... kek ni dibuat pukul 3 ptg... mlmnya acara potong kek.... beginilah rupanya...yang penting kebahagiaan mereka bertiga....

BIRTHDAY FARAH...





Kek Coklat moist lapisan blueberry ditengah pilihan ibu si Farah.... sempena ulangtahun kelahiran Farah Nur Ain yang ke 6 dan 100 cup cake juga ada pada majlis tersebut. Majlisnya diadakan pada 22/5/2010 yang lepas. berserta dengan tempahan lolychoc perisa strawberry sebanyak 50 dan durian 50.



Monday, May 10, 2010

CUP CAKE BIRTHDAY



Rupa-rupanya birthdaynya sama dengan anniversery dia..... Selamatlah semuanya ya....

Kek Coklat Anniversery



Selamat menyambut Hari Ulang Tahun Perkahwinan buat Arman dan Almida. Kek ni menggunakan butter aising kebetulan kaklong Almida memang suka butter.... emmm sesuai...

Thursday, April 29, 2010

TEMPAHAN CUP CAKE



Tempahan daripada Ayu. Tema putih n hijau. Gambar tak brapa clear lupa nak buka cover kotak. Kakak lah ni... (adik ipar) apa pun tq pada kakak recommed pada ayu cup cake ni.

CONTOH KEK UNTUK TEMPAHAN



Lama tak update blog ni... bukan sibuk sangat pun tapi buat2 je lah sibuk... Ini contoh kek coklat moist 1kg. Sufisayang juga menerima tempahan kek harijadi, kek hantaran, kek perkahwinan dan lain2 keraian. Nanti saya post senarai harga untuk tempahan kek.

Saturday, April 3, 2010

JUALAN MURAH.......... SAH SEHINGGA 30 MEI SEMPENA HARI GURU DAN HARI IBU.......

1 pilihan warna kotak 2 Cav Plain Choc Box dan
2 pilihan kotak 2 Cav Design Choc Box



* Kotak sahaja
Harga biasa : RM1.30 / RM1.40
Promosi : RM1.00

* Coklat + Kotak
Promosi : RM1.90




3 pilihan warna kotak 4 Cav Plain Choc Box



* Kotak sahaja
Harga biasa : RM1.70
Promosi : RM1.50

* Coklat + kotak
Promosi : RM3.80




5 pilihan warna kotak 9 Cav Plain Choc Box



* Kotak sahaja
Harga biasa : RM2.30
Promosi : RM2.00


* Coklat + kotak
Promosi : RM6.90

Friday, March 26, 2010

Tempahan kotak


4 Cav Design Choc Box


9 Cav Design Choc Box

Semua kotak ni ditempah oleh Pn. Aziaton (kaklang) Juasseh. Tahniah pada kaklang dah ada tempahan coklat. Semoga selepas ni banyak lagi tempahan. Insyaallah....

Friday, March 19, 2010

KELAS COKLAT DI JUASSEH N. SEMBILAN



Kelas ni dihadiri oleh Hjh Norehan, Pn. Zaimah, Pn. Saripah, Pn. Norsham Aziaton dan Pn Jamaliah. Mereka ni ceria sangat ada je usikkan setiap kali kelas. Sepanjang kelas berlajan dengan lancar. Pn Saripah dan Pn Aziaton ni tauke pelbagai jenis kueh rupanya. Nak dijadikan cerita lagi Pn Aziaton adalah saudara saya belah abah. Selesai je kelas duk lah berbual-bual panjang, macam-macam cerita. Tulah hikmah disebalik kelas coklat ni, daripada tak tahu macam-macam yang tahu. Ni yang best mengajar kelas coklat ni. Kawan pun ramai........





Hasil homemade chocolate yang dipelajari oleh mereka.

Wednesday, March 17, 2010

BERKONGSI INFORMASI

Saya amat tertarik dengan homepage 'Mas des Fontaine Homemade Chocolate'. Dalam homepagenya amat banyak informasi berkaitan dengan coklat. Anda juga boleh surf website ni pada my blog list sitebar disebelah. Anda boleh mengetahu tentang sejarah coklat sehinggalah kepada tip-tip yang sangat berguna. Kat sini juga ada blog-blog lain yang boleh dikongsi bersama. Selamat melayari pelbagai ilmu coklat....

Thursday, March 4, 2010

PROMOSI KEMBALI LAGI SEHINGGA 30 JUN

Memandangkan sepanjang bulan Mei dan Jun mempunyai hari-hari penting seperti Hari Guru 16 Mei 2010, Hari Ibu 16 Mei 2010 dan Hari Bapa 15 Jun 2010 saya akan mengadakan promosi untuk produk SUFIBOXES dan SUFICHOCOLATE mulai sepanjang bulan April, Mei dan Jun ini. Sesiapa yang ingin menempah bolehlah menelefon saya terus.