Sufisayang mempunyai produk coklat dikenali sebagai SUFI CHOCOLATE yang mana rasa coklat couverture yang lazat untuk dinikmati mahupun diberikan kepada seseorang yang tersayang sebagai hadiah. Sufisayang juga mengeluarkan beberapa koleksi produk lain iaitu SUFIBOXES, SUFI CUPCAKE, SUFI COOKIES dan SUFI TART. Kini Sufisayang melebarkan sayapnya dengan memperkenalkan produk KEK HUMAI yang MURAH...HALAL LAGI SEDAPPP... INSYAALLAH.........
Wednesday, February 13, 2013
CARROT CAKE
Assalammualaikum.... tempahan oleh Anis dr Rinching.... terima kasih byk2..... selamat menjamu selera....
Thursday, February 7, 2013
BIRTHDAY CAKE
Assalammualaikum.... kek birthday utk anak sepupu.... tq ida n fadil.... didoakan dewasanya sebagai anak yg solehah.... insyaAllah.... ;)
Tuesday, February 5, 2013
KURSUS COKLAT BUATAN TANGAN
Assalammualaikum..... kursus ni akk joint seminggu selepas tarikh birthday tahun 2012 (ingat dah update kat blog rupanya tercicir lagi)..... sangat2 teruja... byk ilmu yg d pelajari di sini.... terima kasih kepada en suami kerana mengizinkan sy joint kursus ni n sgt menghargai segala pengorbanan yg d berikan.....
anak2 n akk jugak sebenarnya suke sgt2 mkn coklat...... bila org tgk diorg mesti tanya tak rosak pulak gigi anak2...... (sambil tersenyum) Alhamdulillah setakat ni tak pulak.... sebenarnya lemak koko dlm coklat ni bertindak melindungi gigi kita rosak...... klu lihat dgn mata kasar memang tak logik kan tp hakikatnya atas kelebihan n kehebatan coklat ni merupakan pemakanan yg sihat..... ;) kat sini akk nak kongsikan beberapa kebaikan coklat....
1. KANDUNGAN KAFEIN didalam coklat (1oz) adalah lebih rendah (5mg) berbanding dengan bahan2 makanan lain seperti teh (1cwn) kandungan kafein 28 -44mg klu kopi (1 cwn) kandungan kafein 93 - 153mg.
2. MENGURANGKAN POTENSI KEROSAKAN GIGI yg disebabkan oleh gula. Ianya mengandungi komponen yg menghalang pengeluaran plak iaitu peringkat pertama kesosakan gigi. LEMAK KOKO d dlm coklat akan mencair dgn cepat d dlm mulut dan menghalang gula dr melekat pd gigi. Kajian yg dijalankan d Massachusetts Institute of Technology membuktikan bahawa coklat sebenarnya mengandungi bahan anti kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.
3. Penyelidikan yg dijalankan d Pennsylvania State University menunjukkan bahawa asid sterik d dlm lemak koko tidak memberi kesan ke atas paras kolesterol sebaliknya lemak koko mengandungi asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yg berperanan MERENDAHKAN PARAS KOLESTEROL dlm darah.
sebenarnya ada byk lagi tp yg d atas sebahagian kebaikannya. Jadi jgn risau ketika menikmati kelazatan coklat....
sesi bergambar dgn kwn2 kursus n tenaga pengajar.....
Sgt seronok mempelajari ilmu coklat..........
sempat lagi tu...... ;)
Penyampaian Sijil Kursus (mahal ni.... hehehe)
separuh dr produk yg dihasilkan...... sgt sedap.... ;)
Sunday, February 3, 2013
3D BIRTHDAY CAKE
Alangkah seronoknya bila dapat pegang keyboard..... Pg ni nak kongsikan gambar tahun 2012 lagi.... hehehe.... sempene birthday Muhammad Adam Sufi yg ke 4 tahun.... buat d sekolah dia.... masa ni lagi 2 minggu due date.... sempat lagi tu.... demi menggembirakan anak ;)......... sebenarnya dah niat nak buat kek birthday utk dia tp tak delah nak buat kat sekolah..... bila bincang ngan hubby.... buat kat sekolah jamu kawan2 dia lebih seronok..... ;)
pon!!! pon!!! pon!!! tepi keretapi nak lalu....... ;)
awalnya tertanya dlm hati ada rupa keretapi tak ni..... bila sampai sekolah..... 'eh kek keretapi lah'..... alhamdulillah ada rupa keretapi..... bila tengok budak2 seronok hati rasa gembira.... ;)
keretapi yg sarat ngan muatan............
HAPPY BIRTHDAY ADAM....... SAYANG ABANG...... humairah pun nak joint....nnti ibu buat kek angah pulak ya..... ;)
Saturday, February 2, 2013
SUKAN MUHAMMAD ADAM SUFI
Masa on camera saje tengok2 gambar...... nampak pulak gambar sukan dak adam ni ha.... ada cerita geli hati d sebalik gambar2 ni.... berlaku masa nak lari bawa bola ping pong dlam sudu..... masa beratur dia duk kat belakang sekali... dlam hati.... abislah tak menanglah ni... dah lah kecil tah kuat ke lari dia ni..... pandai ke dak dia bawa bola ni.... dalam hati berkata kata.... mmmm tak pe lah.... insyaAllah dia boleh buat..... masa kawan2 sibuk lari dia sibuk tengok kiri kanan... depan belakang... memang tak de tumpuan langsung nak berlari masa tu.... kita pulak yg tak tentu arah d luar padang.... hehehe..... masa sampai giliran dia.... dia boleh pegang je sudu tu.... senyum2 lagi.... aduhhhhh..... kita pulak yg menjerit.... lari adam bawa bola tu.... mana nya.... duk lah bediri kat situ... senyum lagi.... akhirnya selepas d tolak oleh kwn nya dari belakang sambil cakap 'lari adam'.... barulah lari..... orang lain sibuk2 lari tengok bola jangan jatuh... dia selambe je pegang bola dlm sudu tu lari dengan laju nya...... akk tak dapat nak tahan gelak melihat gelagat anak bujang aku sorang ni..... alahai dak adam....menang dapat no 2.....huhuhuhu..... ni lah name menang 'cendeke'....... hehehe.... apa pun ibu bangga dengan adam..... ibu sayang adam..... ;)
Klu bab main bukan main suke dia......
Murid yg paling kecil......
Mendengar arahan guru..... masuk telinga kanan keluar telinga kiri.... hehehe....
Bangga lihat dia dapat pingat...... walaupun menang cendeke (bahaso nogori) ..... hehehe....
klu anda perasan cara dia bawa bola ping pong dalam sudu..... hehehe.....
terima kasih cikgu.... ;)
AKIKAH MUHAMMAD AYYUB SUFI
Assalammualaikum..... sekarang ni rutin 'mengupdate' blog pukul 3 @ 4 pg akan berulang kembali selepas ada baby comel lote ni ;)..... tak pun mungkin 2 @ 3 minggu sekali sentuh keyboard..... atau mungkin juga sebulan @ 2 bulan baru nak tinjau blog.... ishhhh.... ishhhhh... ishhhh..... nasib badan.... tak pe lah kan janji update...... ni ha nak tunjuk gambar akikah ayyub semasa berumur 20 hari ... sekarang dah 3 bulan.... hehehe baru cakap tadi....
tengoklah tu babah dia yg suke... ayyub tido je.... suke hati koranglah nak buat ape kat rambut aku ni... hehehe..... alhamdulillah diam tak diam dah 3 org cahayamata kami..... syukur atas rezeki yg tak ternilai hrg nya dr Illahi....
tengoklah tu babah dia yg suke... ayyub tido je.... suke hati koranglah nak buat ape kat rambut aku ni... hehehe..... alhamdulillah diam tak diam dah 3 org cahayamata kami..... syukur atas rezeki yg tak ternilai hrg nya dr Illahi....
Monday, December 31, 2012
SELAMAT TAHUN BARU 2013
Assalammualaikum.....
Hari ini merupakan hari terakhir untuk tahun 2012... esok kita akan berada di tahun 2013... SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!!! Semoga di thn hadapan peroleh kebahagian dan keberkatan dr Ilahi untuk kehidupan kita semua.... Disini saya nak ucapkan RIBUAN TERIMA KASIH kePADA semua yg suft blog akk ni tak kiralah pada yg singgah sekejap mahupun yg singgah lama.... hehehe
Kepada yg emal n call akk dlm bln 11 hr tu.... sori bebanyak sebb akk dlm pantang tak dpt nak ambil order, kat blog pun tak sempat nak update.... bkn apa notebook akk rosaklah pulak tp ok jugak sekurang-kurangnya akk tahulah jugak sufisayang ni rupa2nya ramai pengunjungnya.... hehehe... perasan kan....hehehe.... apa pun terima kasih semua akk hargai setiap panggilan n email anda semua dengan perasaan yg sgt2 gembira. Oklah untuk tatapan semua yg sudi menggodek blog akk ni.... akk kongsikan bersama gambar baby akk yg ketiga ni......
Monday, November 5, 2012
TEMPAHAN KOTAK COKLAT
Assalammualaikum.... terima kasih diucapkan kepada Norazlina Halidi dr Kepala batas Pulau Pinang dan Suhaila Sharuddin dr Segamat Johor atas segala tempahan kotak coklat..... ;)
Tuesday, October 9, 2012
CHOC CHIP MUFFIN
Majlis Akikah anak Liyana 100pcs
Majlis Perkhawinan Izzat dan Ayu adik kepada Liyana 1000pcs
Terima kasih kepada Liyana atas semua tempahan...... semoga pengantin kekal bahagia hingga ke akhir hayat..... n kepada anak liyana semoga membesar menjadi anak yang soleh......minta maaf pada liyana akk tak dapat dtg masa kedua majlis sebb anak akk demam lah pulak.... mak yg sibuk anaknya pulak yang demam..... mcam2..... ada satu lagi tempahan kek potong 3 tingkat belum dapat gambar nnti klu dpt gambar akk upload ya.....
KEK HANTARAN FONDANT
Assalammualaikum..... Terima kasih kepada Liyana atas tempahan kek fondant ni utk pernikahan adiknya....
KEK TIRAMISU N CHOC INDULGANCE
Assalammualaikum...... terima kasih kepada Syahirah dr Sungai Buluh atas tempahan kek birthday..... Semoga panjang umur n murah rezeki..... ;)
TEMPAHAN KOTAK COKLAT
Assalammualaikum....Terima kasih kepada semua yang sudi berurusan dengan sufisayang..... terima kasih yang tak terhingga kepada Nahayati Long Kama dr Kemaman Terengganu, Mohd Faiz dr Shah Alam Selangor, Noor Adlin dr Setiawangsa K. Lumpur, Akmal dr Kota Kinabalu Sabah, Nora dr Jerantut Pahang dan Ida Kyra dr Putrajaya atas segala tempahan kotak coklat...... ;)
Friday, August 17, 2012
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2012
Assalammualaikum...... lama sungguh tak update blog..... huhuhuhu..... ucapan selamat berpuasa pun tak de.... iskhhhhh..... iskhhhh.... ishkhhhhh..... apa pun selamat berpuasa semua n tak lama lagi kita akan menyambut aidilfitri tak lama lagi..... alhamdulillah, walaupun diri ni agak sibuk amalan d bulan puasa dapat d laksanakan dengan sempurna.... tinggal beberapa hari je lagi ni harap dpt d penuhi dengan sebaik mungkin.... insyaAllah......
Di bawah adalah post sepanjang bulan ramadhan ni..... tak lah byk sgt tp alhamdulillah atas segala rezeki Allah beri..... semua part baking je.... utk kotak nnti Aq post kemudian ya..... Sebelum tu akk nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelanggan (fiona dr pj, siti dr sbn, ena herera dr ampang, nur ashiqin dr kl, wan dr tm maluri, kak za dr sbn, Marlizawati dr batu caves, kak siti dr semenyih, alia dr bangi, linda dr kl, za dr semenyih n amy dr semenyih) yang membeli produk d Sufisayang......
d awal ramadhan 'choc snack caramel' n 'choc mars crispy ramai yg menggemarinya.... alhamdulillah..... insyaAllah d masa hadapan cipta resepi yg lain pulak.... ;)
pertengahan ramadhan.... separuh dari order pelanggan... yg lain tak snap sbb dah masuk kotak baru teringat... nak cepat pos punya pasal..... tak pelah benda yang same je.....
kek lapis humai.... oreo mempunyai ramai peminat.....
kek lapis humai..... asam masih juga ramai yg minat........
kek coklat moist dengan salutan ganache yg lazat.....
kek carrot yang comel...... hehehehe......
lagi kek coklat moist......
lagi... dan lagi.... kek coklat moist.......
more.... more..... chocolate moist...... everybody likes chocolate..... yummieeee
kek buah versi bakar...... masih mengekalkan kelembapan seperti d kukus......
tidak ketinggalan juga dengan blueberry cheese tart........
Subscribe to:
Posts (Atom)

