Monday, August 22, 2011

KEK LAPIS HUMAI



KEK LAPIS OREN



KEK LAPIS OREO



KEK LAPIS BETAWI (REMPAH)



KEK LAPIS BLUEBERRY


KEK LAPIS STRAWBERRY

Friday, August 12, 2011

KEK LAPIS

KEK LAPIS DURIAN



KEK LAPIS STRAWBERRY



KEK LAPIS PANDAN


Assalammualaikum..... lagi koleksi Kek Lapis Humai..... senarai Kek Lapis Humai
8 x 2 (inci)....... RM8.00...... harga bln puasa RM5.00...

1. Kek Lapis Strawberry
2. Kek Lapis Pandan
3. Kek Lapis Kurma
4. Kek Lapis Oreo
5. Kek Lapis Sri Kendi
6. Kek Lapis Betawi
7. Kek Lapis Mocha
8. Kek Lapis Holick
9. Kek Lapis Durian
10. Kek Lapis Blueberry
11. Kek Lapis Coklat


12. Kek Lapis Asam Manis


13. Kek Lapis Oren

BLUEBERRY CHEESE CAKE & KEK KUKUS BUAH

BLUEBERRY CHEESE CAKE



KEK KUKUS BUAH



Assalammualaikum...... tempahan drpd Wati dr Puchong..... Terima kasih byk2.....

Tuesday, August 9, 2011

Wednesday, August 3, 2011

SUSU KAMBING

Assalammualaikum..... saya ingin berkongsi khasiat susu kambing ni ha..... murah je rm20.00 dah boleh dapat.... anak saya ni ada alahan dengan susu lembu.... susu soya pun dah cuba tak boleh juga..... memang dah lama mencari produk susu kambing dan madu ni..... akhirnya berjumpa dengan produk SMARTHERBS yang mana produk buatan malaysia dan yang penting produk islam yang halal..... murah..... gunakan tanpa was2....... sekarang ni anak saya tidak lagi menggaru setiap masa, sistem penghadamannya pun bagus..... semoga Muhammad Adam Sufi sihat..... insyaAllah.... Lain2 khasiat.....

- Susu kambing mempunyai molekul protin dan lemak yang sangat halus serta mudah hadam berbanding dengan susu lain. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah pengadaman. Disebabkan zarahnya yang halus dan sifatnya yang mengh acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer dan gastric

- Mempunyai kandungan laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yang ciri-birit dan alahan kepada susu lembu dan susu tepung.

- Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan.

- Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.

- Secara semula jadi mencegah pembiakan organism yang merbahaya dalam badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat.

- Kandungan potassium dan kalsium yang tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dalam susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.

- Mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.

NAK CUBA JANGAN SEGAN2 HUBUNGI SAYA......

KELAS DI BULAN PUASA

Assalammualaikum...... untuk kelas bulan puasa ada perubahan harga untuk setiap jenis kelas..... klu nak lebih ekonomi boleh belajar secara berkumpulan.... perubahan harga ini mungkin sehingga bulan 9 sahaja.... akan diberitahu kemudian..... jadi jangan lepaskan peluang....

Kategori a

1. Kelas Coklat
2. Kelas Cupcake
3. Kelas Kek dengan hiasan Buttercream
4. Kelas Kek dengan hiasan Fondant
5. Kelas Cheese Cake

Yuran di bawah adalah untuk setiap kelas dari no 1 hingga 5.....
seorang rm250.00
2 orang rm190.00 (seorang)
3 orang keatas rm150.00 (seorang)
____________________________________________

Kategori b

6. Kelasa Tart
7. Kelas Kotak Coklat
8. Kelas Cookies

Yuran di bawah adalah untuk setiap kelas dari no. 6 hingga 8
seorang rm200.00
2 orang rm150.00 (seorang)
3 orang keatas rm100.00 (seorang)

Kelas adalah setiap hari sabtu di kawasan Semenyih dan Seremban...... manakala di Kuala Pilah dan Bahau setiap hari Ahad...... kelas bermula seawal 9 pagi hingga selesai (1 @ 2 ptg) mengikut kecekapan peserta k...... sila hubungi saya jika berminat ditalian 013-2173173 (Pn. Saadah Ahamad)...... Peserta tidak perlu bawa apa2 dan hasil buatan tangan boleh dibawa balik.....

KEK OREN MARBLE

Assalammualaikum..... Kek Oren Marble order dari Kak Ana di Seremban.... Terima Kasih.....

SELAMAT BERPUASA

Assalammualaikum..... pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak, walaupun sekarang telah masuk hari yang ketiga berpuasa.... notebook rosak... ni pinjam notebook hubby edit blog.... thank you... semoga kita semua memperoleh keberkatan di bulan yang mulia ini.... mudah-mudahan....insyaAllah....

BROWNIE

Assalammualaikum...... brownie kesukaan Muhammad Adam Sufi......

Tuesday, August 2, 2011

CHOCOLATE CUP CAKE

Assalammualaikum...... Chocolate moist cup cake dengan 3 jenis filling.... coklat ganache, moka dan blueberry.....



Thursday, July 28, 2011

CUP CAKE FONDANT



Assalammualaikum..... cupcake fondant order dari Roslinda dari Kuantan tp study di Gombak... ni je yang dapat akk buat utk tempoh masa order 2 hari.... nak keja masa.... Linda punya pasal akk daya kan.... harap Linda suke.... di sebalik cerita cupcake yang memberikan pengalaman yang ingin saya kongsikan disini.... masa saya buat penyerahan barang untuk buat pos laju diambil kemudian ditimbang..... lepas tu diterbalikkan kotak tu then nak letak bukan pelahan terus hempaskan kebawah...... agrrrrrrrr...... geram nye...... tak nak fikir apa akan jadi lepas tu.... hahahah..... nasib baik bungkus dengan baik.... lagipun fondant kan tahan lasak..... ALLAMDULILLAH semuanya selamat diterima dengan baik..... fuhhhhhhh..... lega..... Terima Kasih Linda......


Friday, July 8, 2011

BUBUR LAMBOK


Assalammualaikum..... khamis minggu pertama bulan syaaban...... hari pertama puasa sunat..... bulan rejab sempat buat 5 hari je.... alhamdulillah.... sebenarnya masa remaja lagi dah biasa buat puasa sunat.... bila tak buat macam rasa kekurangan lah pulak..... mak dan arwah abah masa bulan2 macam ni pun selalu buat puasa sunat tu yang seronok bila sama2 puasa..... mmmm.... bila dah jauh2 macam ni sayu pulak hati ni..... belum nak raya lagi ni......iskh..... bila buat bubur lambok ni rasa macam bulan Ramadhan.... dengan aroma bubur ni..... adui aiiiiiii..... bila buka puasa tadi.... aduissss nikmat sungguh..... ustaz cakap selain kita berpuasa banyak2 kan berzikir.... nak duduk kita zikir, sambil buat keje kita zikir, sambil2 baring sebelum lelap mata berzikir dan apa2 kita buat pun berzikir..... nak masak untuk suami n anak2 pun disunatkan berselawat....... insyaAllah masakan sangat2 lah enaknya...... apa yang penting air tangan kita adalah ramuan utama untuk mengeratkan kasih sayang selain

1 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah, 2cm halia, 2 sudu besar udang kering (ditumbuk kemudian ditumis bersama 1 btg kayu manis dan 3 kuntum bunga lawang sehingga naik bau).....

kemudian masukkan santan 100ml dan air tapisan secukupnya untuk masak bubur biarkan mengelegak masukan beras yang d basuh bersih sebanyak 130ml..... biar dlm 10minit.....

masukkan daging kisar 200g n udang 200g......

bila bubur hampir masak, masukkan garam dan kacau sambil bersalawat...... matikan api...... sedia dihidangkan dengan bawang goreng n daun sup.....

LAGI KOTAK COKLAT

Assalammualaikum.... sekarang pukul 12.13 malam.... selalunya waktu2 macam ni lah saya online atau pun buat keje2 lain.... almaklumlah ada anak tengah lasak... waktu siang selalunya bersama anak2... walaupun penat tp hati senang anak2 ada depan mata... adam sekarang ni kuat makan.... pagi mesti ambil sarapan walaupun roti sapu kaya.... tengahari pukul 11 dah makan nasi.... petang buat kueh lagi... lepas solat maghrib makan malam.... adam n humairah ni kalau makan ada kawan berselera.... berlawan2.... tu sebab waktu siang abis masa dengan diorang je... malam barulah dapat usik tempahan kotak... RIBUAN TERIMA KASIH kepada Kak Rosniaty Binti Shariff dari Kulim Kedah (Kak Rose ni boleh dikatakan orang yang terawal buat tempahan kotak dan sekarang ni Kak Rose dah ada blog.... CAYALAH!!!!! www.lovemomstouch.blogspot.com ....... selamat maju jaya dalam business k.................. dan Fatin Hamimah Binti Jamal dari Cheras K. Lumpur..........

Wednesday, July 6, 2011

JEJARI ROTI GANDUM



Assalammualaikum..... mmmmm..... ptg ni nak mkn roti budak2 dah muak..... dah nak expired dah ni.... apa kata kita buat jejari roti gandum garing..... sedap..... walaupun dah sejuk... utk 7 @ 8 keping roti d potong 6 setiap keping, 1 biji telur, 125ml susu segar.... susu cair pun boleh, sedikit garam, gula secukupnya n mentega..... mula2 pukul telur n garam hgg sebati n masukan susu segar... celup roti yg tlah d potong tadi.... panaskan dulu ketuhar suhu 200C
sapu mentega pada dulang n susun roti yg d celup tadi... tabur gula atas roti n bakar selama 20 minit.... dah masak sapu mentega atas roti masa roti masih panas.... Adam suka sangat....