Tuesday, November 9, 2010




Anniversary yang ke 3 tahun. Semoga kekal dan bahagia hingga akhir hayat... aminnn...

HAPPY BIRTHDAY SAYANG... SEMUANYA....




Happy Birthday Adam, Babah, Syakir dan Uwannya... Selamat dunia dan akhirat... insyaallah... tarikh lain2 tp bulan yang sama... mmmmmm..... sambut jelah sekali...

MAJLIS HAKIKAH HUMAIRAH SUFIAH





Buahtangan untuk para tetamu jemputan Majlis Hakikah Humairah Sufiah pada 7/11/2010. Hari tu tumbang seekor kambing. Lepas ni habislah rambut dia kene cukur.... kasi tumbuh yang baru...

Friday, October 22, 2010

KEGEMARAN ADAM SUFI....




Semua ni adalah kegemaran Muhammad Adam Sufi anak saya yang sulung. Cup Cake vanilla tu boleh habis 4 biji dia makan tu tak termasuk cup cake coklat urai tu. Kastard ceremal tu boleh habis 6 sekali makan. Syok tengok dia makan tak letih kita sebagai ibu buat semua tu....

Thursday, October 21, 2010

KEK KOPI BUTTERCREAM


Sesekali ubah selera ok jugak... tak lah boring...

Kek Cheese Coklat


Mmmmmmm sedap..... tapi saya lebih suka kek cheese yang perasa original, gambarnya tak sempat nak snap. Lain kali lah ya...

Cupcake untuk Ayu




Ini adalah kali kedua Ayu menempah cupcake dari sufisayang tp cupcake untuk hantaran ni saya buat aising royal sebab tahan lasak. Pengalaman mengajar segalanya. Masa tunang adik ipar buat buttercream untuk hiasan kek. Memanglah sedap tapi tak tahan lasak. Sakit dibuatnya.... Aising royal memanglah tak sedap gula-segula-gulanya tapi sedap mata memandang. Tq Ayu...

Tuesday, October 19, 2010

KEK COKLAT MURAH...




Hanya 2 biji kek je sempat ambil gambar yang lain terlupa lah pulak. Nak cepat kejar masa apa terlupa nak snap gambar. Kek coklat moist (500g) ni hanya RM10.00 sahaja. Promosi ni sempena hari raya aidilfitri, skg ianya masih dibuka lagi.

Assalammualaikum....

4.00 pagi... waktu yang paling aman untuk surf internet. Maklumlah ada orang baru kenelah layan lebih sikit. Itu yang lama tak update blog. Saya baru dapat orang baru 3 bulan lepas. HUMAIRAH SUFIAH namanya. Kelas pun baru nak mula semula. Kalau tempahan kek dan lain2 baru sebulan lepas buat.

Thursday, June 24, 2010

KEK KAWIN MOHD NOR AZMI DAN PASANGAN NOR FAZLIANA



Cup cake ada dua perasa coklat dan butter. Manakala kek bulat perasa butter.

CHOCOLATE CUP CAKE



1000 cup cake disediakan untuk buahtangan para tetamu di majlis kenduri Mohd Nor Azmi di Kg Rembang Panas pada 12/06/2010 yang lepas.

KEK HANTARAN


Sempena hari penikahan Mohd Nor Azmi dan Nor Fazliana. Pernikahan diadakan di Peneng. Seharian kek di atas bas. Nasib baik tak cair... Apa pun selamat memulakan kehidupan berumahtangga.... Semoga berkekalan selamanya....

KEK PAYUNG TERJUN



Kek ni 3 dalam 1, Birthday si Atikah, Makngah Aliah dan ulangtahun perkahwinan makngah dan pakngah.... buat kat Kg Rembang Panas. Kek payung terjun??? emmm... kek ni dibuat pukul 3 ptg... mlmnya acara potong kek.... beginilah rupanya...yang penting kebahagiaan mereka bertiga....

BIRTHDAY FARAH...





Kek Coklat moist lapisan blueberry ditengah pilihan ibu si Farah.... sempena ulangtahun kelahiran Farah Nur Ain yang ke 6 dan 100 cup cake juga ada pada majlis tersebut. Majlisnya diadakan pada 22/5/2010 yang lepas. berserta dengan tempahan lolychoc perisa strawberry sebanyak 50 dan durian 50.