Friday, October 22, 2010

KEGEMARAN ADAM SUFI....




Semua ni adalah kegemaran Muhammad Adam Sufi anak saya yang sulung. Cup Cake vanilla tu boleh habis 4 biji dia makan tu tak termasuk cup cake coklat urai tu. Kastard ceremal tu boleh habis 6 sekali makan. Syok tengok dia makan tak letih kita sebagai ibu buat semua tu....

Thursday, October 21, 2010

KEK KOPI BUTTERCREAM


Sesekali ubah selera ok jugak... tak lah boring...

Kek Cheese Coklat


Mmmmmmm sedap..... tapi saya lebih suka kek cheese yang perasa original, gambarnya tak sempat nak snap. Lain kali lah ya...

Cupcake untuk Ayu




Ini adalah kali kedua Ayu menempah cupcake dari sufisayang tp cupcake untuk hantaran ni saya buat aising royal sebab tahan lasak. Pengalaman mengajar segalanya. Masa tunang adik ipar buat buttercream untuk hiasan kek. Memanglah sedap tapi tak tahan lasak. Sakit dibuatnya.... Aising royal memanglah tak sedap gula-segula-gulanya tapi sedap mata memandang. Tq Ayu...

Tuesday, October 19, 2010

KEK COKLAT MURAH...




Hanya 2 biji kek je sempat ambil gambar yang lain terlupa lah pulak. Nak cepat kejar masa apa terlupa nak snap gambar. Kek coklat moist (500g) ni hanya RM10.00 sahaja. Promosi ni sempena hari raya aidilfitri, skg ianya masih dibuka lagi.

Assalammualaikum....

4.00 pagi... waktu yang paling aman untuk surf internet. Maklumlah ada orang baru kenelah layan lebih sikit. Itu yang lama tak update blog. Saya baru dapat orang baru 3 bulan lepas. HUMAIRAH SUFIAH namanya. Kelas pun baru nak mula semula. Kalau tempahan kek dan lain2 baru sebulan lepas buat.